Thursday 7 November 2013

SPREADING WINGS TO MENUMBOK, SABAH

MELEBARKAN SAYAP KE MENUMBOK, SABAH

SK MELIKAI, MENUMBOK, SABAH

                     Sekolah Di Bawah Bayu  ini terletak di daerah Kuala Penyu. Sekolah ini telah dibuka pada 1967. Nama sekolah ini diambil sempena lokasi sekolah yang terletak dalam kawasan Kampung Melikai
                        Kami amat bangga dan berbesar hati kerana berpeluang mengunjungi sekolah ini. Kunjungan kami ini adalah bertujuan menghantar dan memasang satu set Angklung Pak Radja. Kami juga mengadakan FREE DEMO selama 2 jam kepada murid-murid SK Melikai yang telah lama menanti-nantikan peluang untuk memainkan sendiri angklung baharu  sekolah. 


                            Barisan guru-guru sekolah ini juga tidak melepaskan peluang untuk turut mempelajari teknik-teknik bermain angklung. Hebat! Guru-guru SK Melikai memang cukup 'sporting' semuanya.

                                     
                                 Murid-murid yang ceria dan bersemangat. Guru-guru yang gigih dan kreatif. Guru Besar yang cemerlang, Guru Muzik, Cikgu Husin yang sangat komited. Satu gabungan yang mantap.  Terima kasih.  Terima kasih SK Melikai.


                                                   Semoga terus maju dan maju lagi.

Saturday 14 September 2013

SPREADING WINGS TO KUALA KANGSAR, PERAK

MELEBARKAN SAYAP KE KUALA KANGSAR, PERAK

SK SULTAN IDRIS II, 
KUALA KANGSAR PERAK

                                  Kali ini kami berpeluang berkunjung ke Bandar Di Raja, Kuala Kangsar, Perak. Sebuah bandar yang mencerminkan ketenangan  dan persekitaran yang diselengara dengan baik. Kembara Angklung kami kali ini  menuju khas ke SK Sultan Idris II. 
                                  Misi kami adalah untuk menghantar satu set Angklung Pak Radja dan  mengadakan Demo untuk guru-guru dan murid-murid SK Sultan Idris II.

Guru-guru dan pelajar yang bersemangat tinggi.

Terima kasih Cikgu Rosida

Semoga SK Sultan Idris II terus cemerlang dalam memertabatkan seni muzik tanahair,

Angklung and angklung : Maher Zain

Maher Zain and Angklung