Thursday 7 November 2013

SPREADING WINGS TO MENUMBOK, SABAH

MELEBARKAN SAYAP KE MENUMBOK, SABAH

SK MELIKAI, MENUMBOK, SABAH

                     Sekolah Di Bawah Bayu  ini terletak di daerah Kuala Penyu. Sekolah ini telah dibuka pada 1967. Nama sekolah ini diambil sempena lokasi sekolah yang terletak dalam kawasan Kampung Melikai
                        Kami amat bangga dan berbesar hati kerana berpeluang mengunjungi sekolah ini. Kunjungan kami ini adalah bertujuan menghantar dan memasang satu set Angklung Pak Radja. Kami juga mengadakan FREE DEMO selama 2 jam kepada murid-murid SK Melikai yang telah lama menanti-nantikan peluang untuk memainkan sendiri angklung baharu  sekolah. 


                            Barisan guru-guru sekolah ini juga tidak melepaskan peluang untuk turut mempelajari teknik-teknik bermain angklung. Hebat! Guru-guru SK Melikai memang cukup 'sporting' semuanya.

                                     
                                 Murid-murid yang ceria dan bersemangat. Guru-guru yang gigih dan kreatif. Guru Besar yang cemerlang, Guru Muzik, Cikgu Husin yang sangat komited. Satu gabungan yang mantap.  Terima kasih.  Terima kasih SK Melikai.


                                                   Semoga terus maju dan maju lagi.

Angklung and angklung : Maher Zain

Maher Zain and Angklung