Tuesday 16 June 2015

Sejarah Angklung


Angklung Alat Muzik Tradisional Indonesia             
         Angklung merupakan alat muzik tradisional Indonesia yang telah sejak sekian lama berkembang khususnya masyarakat di Jawa Barat. Tidak ada rekod yang kukuh untuk mengimbau secara tepat  bila angklung pertama kali dibuat atau dimainkan. Memadailah untuk kita tahu bahawa alat muzik ini telah lama wujud hasil dari daya kreativiti yang unggul di kalangan masyarakat kuno Indonesia.
           Angklung ialah alatan muzik yang amat berkait rapat dengan bambu atau buluh. Sememangnya masyarakat Indonesia semenjak dahulu lagi sudah terkenal dengan keakraban mereka dengan hasil alam khususnya bambu. Bambu sering dimanfaatkan untuk membuat rumah, perabot rumah, dan perusahaan. Begitulah pula dengan alat muzik yang diperbuat daripada bambu seperti suling, kolintangan, calung, dan sebagainya.

Ritual Pemujaan Dewi Sri
                   Pada awalnya, alat  muzik bambu digunakan oleh masyarakat Sunda untuk melakukan upacara ritual. Masyarakat Sunda yang giat bertani mempercayai keberadaan Nyai Sri Pohaci (Dewi Sri) sebagai Dewi Padi pemberi kehidupan (urip-urip). Menurut kisahnya, masyarakat Sunda mempersembahkan lagu-lagu pujian yang disertai bunyi-bunyian pengiring berirama yang berulang-ulang. Segala usaha ini adalah  untuk memikat Dewi Sri agar turun ke bumi dan memberkati tanaman padi mereka, terhindar dari bencana alam dan kemerosotan hasil tuaian. 

                      Dalam upacara ritual ini alat muzik yang biasa digunakan  ialah alatan muzik yang diperbuat daripada batang-batang bambu yang ditabuh atau digoyang. Maka di sinilah titik tolak kelahiran berbagai-bagai alat-alat muzik termasuklah angklung dan calung. Angklung yang digunakan secara umum hanya terdiri atas lima nada (pentatonis) seperti salendro, pelog dan madenda.

Masyarakat Baduy, sisa masyarakat Sunda asli

                     Bukti kukuh yang menyokong kenyataan di atas dapat diperhatikan di kalangan masyarakat Baduy, yang dianggap sebagai sisa masyarakat Sunda asli. Kegiatan upacara ritual ini 
masih lagi dipraktikkan sehingga ke hari ini. Mereka menggunakan angklung untuk menandakan saat awal penanaman padi.

                            Demikian pula pada perayaan hasil tuaian yang selalu diikuti dengan persembahan angklung. Pada masa ini perarakan besar-besaran diadakan dengan mengusung hasil-hasil tuaian yang boleh  dibanggakan. Selain angklung alat-alat bunyian lain yang dipersembahakan adalah seperti kendang, gong dan trompet.

Angklung tertua

                            Angklung tertua dalam sejarah setakat ini ialah Angklung Gubrag. Ia dibuat di Jasinga, Bogor. Menurut catatan sejarahnya, ianya berusia 400 tahun! Beberapa angklung tersebut boleh ditonton di Musium Sri Baduga, Bandung. Ini langsung membuktikan bahawa angklung sudah lama bertapak di bumi bertuah Indonesia.



                     

                   

No comments:

Post a Comment

Angklung and angklung : Maher Zain

Maher Zain and Angklung